Tuesday, November 12, 2013

Usai Tahiyat Sebelum Salam

Assalam alaik..

Bismillah..

Baru berkesempatan mencoretkan entri2 untuk kita bermuhasabah bersama in syaa Allah sampailah ke akhir hayat kita..

Mungkin ramai yang telah mengamalkannya.. saya pernah mengetahui tetapi dek kelalaian dengan nikmat dunia berbanding takutkan azab seksa neraka Jahannam.. saya telah meninggalkan dan melupakannya.. Astaghfirullah... Itu dulu.. In Syaa Allah ilmu2 yang saya peroleh akan cuba dimantapkan dan dilakukan secara istiqamah..Ia adalah berkaitan doa yang dibacakan selepas habis membaca tahiyat akhir (dalam solat) sebelum salam.. Haaa ramai dah mengamalkannya yea?.. Alhamdulillah.. mungkin saya yang ketinggalan ketapi agaknya... Tak mengapalah.. apapun bagi yang belum lagi.. inilah masanya kita mengamalkan doa ini..

Ya Allah
Daku berlindung denganMu 
daripada azab kubur,
dan daripada azab siksa neraka Jahannam
dan daripada fitnah kehidupan dan kematian 
dan daripada fitnah AlMasih Dajjal..

Aaamiinn. 

No comments:

Post a Comment