Kekusaan Allah swt boleh menciptakan seorang bayi dlam satu saat sahaja.. namun Dia Yang Maha Kaya menjadikan proses kejadian janin sehingga kelahiran bayi selama 9 bulan 10 hari secara umumnya..Perut dan rahim si ibu pada awalnya pipih kemudian mengembang mengalahkan belon yang ditiup dan selepas kelahiran kembali kempis seperti sedia kala (andai betul penjagaannya).... Dia boleh menukarkan sebiji benih menjadi sepohon pokok segodang pemeluk dalam sekelip mata..Hanya Yang Maha Esa boleh melakukannya.. namun Dia menjadikan sebiji benih melalui proses tertentu sehingga beratus tahun untuk sampai ke saiz pemeluk tersebut (struktur tanah dari biji sehingga pohon tidak berubah tidak berlurah berlubang /berkurang tetapi kekal)...Misi penyebaran Islam dan dakwah yang dibawa oleh para nabi rasul dan Nabi Muhammad saw sendiri boleh disempurnakan dalam tempoh yang singkat dengan keizinanNya.. Namun Allah Yang Maha Pengasih mencaturkan kesempurnaan KeIslaman yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah saw mengambil masa selama lebih kurang 23 tahun. (kesusahan kepayahan dan dugaan yang kita hadapi walaupun mengamalkan sunnahnya namun tidak ada seorang pun setanding dengan yang dihadapi Baginda saw).. Apakah maksud kesemua ini?...
Sesuatu yang kita usahakan atau inginkan tidak semestinya diperoleh atau dicapai pada masa itu juga.. Kengkadang sampai mati pun hajat atau buah hasil kerja kita takkan dapat kita nikmati.. Usah berputs asa.. Jauhi buruk sangka.. Semua perkara.. sangat banyak dan ada yang mengambil masa yang sangat lama.. di luar kemampuan dan jangkauan kita.. Bersabarlah diri bertenanglah hati.. Kejayaan pasti milikmu jua..
No comments:
Post a Comment