Tuesday, November 12, 2013

Pesan Ibu


Wahai anak2ku
Janganlah mudah merasa kehebatan terhadap dirimu
Kerana kamu tiadalah lebih sedikit pun melainkan hanyalah hambaNya yang hina.
Terlalu menggunung dosamu di sisi Allah swt bahkan tersangat kerdilnya kamu
saat berdiri di hadapan Allah swt di Padang Masyhar yang saujana mata memandang luasnya...
Saat pembentangan aktiviti dan dosa2 tubuh menggigil ketakutan mulut merayu mengharapkan
Keampunan Allah swt saat satu persatu kesalahan diri dipaparkan terbongkok2 atau meniarap2lah kamu mengutip setiap pahala yang dijangkakan dapat membantu kamu di hari Hisab.

Tahukah kamu sayang,
Kalian akan saling berlari lintang pukang ke hadapan dan belakang antara satu sama lain disebabkan dosa2 lalumu. Saat iyu kalian akan merangkak di hadapan Tuhanmu merayu dalam tangisan lautan air mata dan keringatmu yang bisa menenggelamkanmu..semata2 teringatkan tika dan masa nasib ditentukan semakin hampir... Kepanasan terikan si mentari kelaparan yaang berterusan dan sungguh lama kehausan tanpa setitis minuman ...Semua ini dirasai andai kamu orang2 yang berdosa....semua itu akan dirasakan saat menunggu giliranmu dihisab kelak...keaibanmu dipaprkan perlakuanmu dosa2mu dipertontonkan..hendak melarikan diri tiada tempat.. di sana ibarat latan semut berbagai jenis di satu hamparan yang terbetang luas...gunung ganang gua menara tertinggi dunia dsbgnya semuanya telah hancur...Bersedialah.. andai ditangan kananmu atau ditangan kirimu.. Buku catatan amalmu tidak sedikitpun ada kesilapan atau secuitpun 'lebih'.. paling sempurna..

Anakku yang dikasihi,
Keletihan dan kehampaan danberbagai lagi ...belum hilang segala yang dilalui tiba pula suatu dimensi...
Semua itu kamu akan lalui..menempuhinya dipaksa menitinya..Fenomea yang amat menggerunkan jauh sekali perbezaanny dengan Fenomena SEARCH.. itu yang seronok sangat dinyanyikan dahulukan... Menggerunkan menakutkan sangat mengharapkan keselamatan..jauhnya.. menaiki mendaki setingginya mengalahkan puncak Everest .. yang ni pun ramai belum selamat mendakikan.. menuruninya pada kecuraman hampir2 0 darjah.. silap2 gelongsor terus.. bahangnya.. adoiii.. melalui titian siratul mustaqim.. sehelai rambut dibelah tujuh lebarnya...

Ketahuilah Manja Ibu,
Sesiapa pun tidak mengambilkisah akan orang lain.. si sadang perkasa pemecut dunia pemidato terunggul pemimpin terbilang.. semua hanya kenangan.. tubuhmu tidak akan mampu ditegak luruskan.. kedua kakimu sukar bergerak ketakutan di atas sirat ini...jauh perjalanan luasnya bahaya sempitnya laluan halusnya titian.....

Anakku Yang dihormati..
Ibumu mengharapkan keselamatan yang tidak pernah dihadapi seumpama waktu itu..Ibumu hanya akan mendoakan untuk diri sendiri tiada untuk orang lain walaupun kalian adalah insan yang sangat ibu kasihi dan sanggup berkorban keranamu di dunia ini mahupun Rasulullah saw pemimpin yang ummi....Ibumu tidak ingat pada sesiapa lagi.. Betapa sukar namun dasyhatnya gambaran yang ibumu cuba lakarkan padamu namun diri ini tidak berupaya lagi mengalirkannya dalam bentuk kata2...


Ya Allah Ya Ar Rahman Ya Rahim Ya Quddus Ya Malik,
Daku memohon akan rahmatMu pada saat hari-hari dihisabkan dan meniti titian sirat itu untuk diriku dan semua yang kukasihi.

TanpaMu daku tidak mampu berdiri tidak terangkat kepalaku oleh gemala dosa2ku yang lalu.
Tanpa redhaMu, tiadalah suatu apapun kumiliki kala itu.. semuanya telah kembali kepadaMu pemilikNya.

Ya Rabb, Selamatkanlah daku beserta orang yang kusayangi di saat nerakaMu disemarakkan..
Selawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad saw ahli keluarga baginda dan sahabat handainya..
Segala Pujian hanyalah milikMu pentadbir dan Pemelihara sekalian alam..

Aaamiiinnnn..

No comments:

Post a Comment