Assalam Alaik..
Bimillah..
Dengan izinNya kita dilahirkan ke dunia dan tatkala tiba seperti KetentuanNya kita ditakdirkan kembali kepada Sang Pencipta...redha dan bersabar atas ujianNya.. apa lagi yang boleh dikata..
Menziarahi kematian seorang lagi pak cik malam tadi sungguh menginsafkan.. Umur kami tidak jauh bezanya dan anak2 arwah yang masih kecil yang bongsu berusia 7 tahun hampir seusia dengan anak bongsuku... Saat van jenazah keluar dari perkarangan rumah si anak teresak2 mengintai dari balik langsir seolah2 merajuk dengan arwah yang meninggalkan mereka di saat mereka masih perlukan kasih sayang seorang bapa.. Seingat diri arwah seorang yang sangat baik hati sentiasa terukir senyumannya.. tak menyangka dia pergi dahulu...
Dalam perjalanan pulang perih memikirkan keadaan diri sendiri.. sudahkah diri ini bersedia.. soal jodoh dan maut ditanganNya..sudah cukupkah bekalan untuk dibawa ke akhirat.. adakah berharta untuk kegunaan anak2 atau orang yang meneruskan penjagaan anak2...Takut sangat keinsafan setakat dibibir...
Suami berkata dia takut menghadapi kematian ketika keseorangan di negara orang.. Itu bukan persoalan besar?.. dimana bila bagaimana kita takkan tahu .. hanya Allah swt sahaja.. itu Kekuasaan dan KebesaranNya...tetapi persediaan kita kehidupan kita semasa masa dipinjamkan kepada kita apakah telah dilakukan sebaik2nya di jalan Allah swt..Sempurnakah solat kita.. diterimakah amalan kita.. wallahualam.. sebab itu usah jemu berdoa dan terus berdoa padaNya..doa2 tersebut sahaja milik kita sedangkan diri kita sendiri adalah pinjaman dariNya..
Peringatan buat diri agar jangan mudah terleka dan terbabas dalam arus kemewahan dunia yang mengaburi perjalanan sebenar menuju akhirat..Semua tahu hidup di dunia untuk mengumpul sebanyak bekalan buat akhirat.. tapi bukan mudah untuk meninggalkan dunia yang pada akal yang cetek ini melihatnya sangat indah... sangat sukar untuk zuhud padaNya.
*Menurut Imam Al-Ghazali, zuhud ertinya meninggalkan perkara yang disukaikerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik daripada itu. Hatimereka tidak terikat dengan hal-hal dunia, lebih membesarkan akhirat.Kesusahan didunia, sakit pening, kekurangan harta, kekurangan keperluandan lain-lain tidak pernah menyusahkan hatinya. Ianya dianggap tidak laindan tidak bukan, ujian hidup semata-matanya. Ujian, latihan dan tarbiyyahdaripada Allah Taala. Ujian sebagai tanda kasih sayang Ilahi, insyaAllah?sebagai kaffarh dosa-dosa juga sebagai pengangkat martabat disisi Ilahi,insyaAllah...
No comments:
Post a Comment