Friday, November 1, 2013

Bibit Terakhir Tahun...

Dari Amru bin Auf ra...

Rasulullah saw bersabda bermaksud,


'Sesungguhnya sedekah seorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)'

Hadis Riwayat Bukhari..

Anakku sayang,

Ingatl.. berbudi kepada mereka yang datang menolong kita di kala kita sedang kesusahan kerana perbuatan amal mereka mengajar kita agar meringankan tulang membantu orang lain yang sedang kesusahan.

Maafkan mereka yang meninggalkan kita di kala kita kesusahan kerana melaluinya Allah swt membuka peluang dalam bentuk ujian untuk mengukur sejauh mana kemampuan diri kita....



Wahai permata hatiku,

Jangan sesekali mengarjar atau membiarkan diri ada sifat dendam. sebaliknya ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang meletakkan kita dalam kesusahan dan kesempitan mereka kerana ia membolehkan kita memperoleh pengalaman berarga dan mendekati kita mencintai Allah swt Ya Rabb..

Penghargaan: Dato'Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan  Mat 

No comments:

Post a Comment