Bismillah..
Apa ke jadah plak awal tahun hijrah ini kita citer pasal Solat Jenazah kan.. Tapi tahu tak ianya sangat ringan untuk dilaksanakan dan ganjarannya sangat besar.. namun tidak ramai yang berkesudian melakukannya.. ntahlah kenapa...namun ketika di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram usai solat fardhu pasti tidak ketinggalan bersama jemaah lain menunaikan solat ini..Jom kita ikuti beberapa catatan....
Solat jenazah (Bahasa Arab: صلاة الجنازة, Ṣalat al-Janazaṯ) dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt. Hukumnya sunat dan merupakan Fardu Kifayah ke atas orang hidup kecuali mereka yang mati syahid.
Ini adalah kedudukan imam dan jenazah serta arah kiblat..
Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
1. Niat pada takbiratul ihram.
Off course sebagai makmum kita dibelakang imam.. berdiri rapat2.. luruskan saf.. then baca niat
Lafaz niat solat jenazah.
Lafaz niat solat jenazah lelaki (secara persendirian)
“ Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardu kifayah kerana Allah Ta’ala. ”
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan (secara persendirian)
“ Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardu kifayah kerana Allah Ta’ala. “
c. Lafaz niat untuk jenazah kanak-kanak :
2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram..
4. Takbir pertama : (اَ للهُ اَكْبَر) “ Allah Maha Besar.“
Disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah
5. Takbir kedua
Selepas takbir seperti takbir pertama diikuti dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
6. Takbir ketiga
Selepas takbir hendaklah membaca doa berikut untuk memohon keampunan ke atas jenazah:
Tak hafal? Susah nak ingat.. tak mengapa ada doa pendek..
Takbir yang keempat
Selepas takbir dibacakan doa berikut :
Atau doa pendek berikut..
(apa pun kita sebagai makmum je.. ikut jela imam.. ada juga yang mengatakan tak perlu baca apa2
usai takbir keempat ini.. masa di Mekah/Madinah pun cepat je jarak antara takbir terakhir dengan
salam..)
7. Memberi salam
Salam kekiri dan kekanan.
Selesai memberi salam, dibolehkan untuk membaca surah Al-Ikhlas (3xi), surah Al-Falaq (1x),
surah An-Nas (1x), surah Al-Fatihah (1xi), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1x), ayat Qursi (1x) dan
doa lain yang bersesuaian antaranya..
Atau
.
No comments:
Post a Comment