Wednesday, July 23, 2014

Wahai Hati

Bismillah,

Hatiku di curi lagi.. tidak dapat ku cari.... tetiba  plak lirik lagu lama ni berbisik2 manja di telinga.. Apa ke hal?.. Wahai hati.. macam2 dikaitkan dengan hati.. panas hati, hati kering, sambal hati rendang hati, pendam hati makan hati dan bermacam lagi.. tapi kali ni bukan tujuannya nak ngomel hal yang berbagai tu.. pening nanti..  Kita nak sebut yang baik2 je..

Kita sentuh sket je.. tentang hati manusia yg 90o bukan dari sisi biologi sebab.. saya tak ambik subjek tu masa tingkatan 4 dan 5 dulu..

Ada manusia sangat baik, lemah lembut, berbudi dan berbahasa serta berilmu pula.. selalunya orang akan kata dia punyai hati baik.. Ada juga manusia yang tersangat zahir kebaikan dia, lembut, senyum sentiasa.(macam promote diri je)...tapi air muka hitam dik tak de keikhlasan, kikir, mengumpat  dan bermuka (aipp ..ni tak mau).. dia selalu digelar orang hati kotor.

Punyala sangat terkesan kepentingan hati ini, teriingat akan sabda baginda SAW.
“Ketahuilah, Sesungguhnya pada setiap jasad ada sekerat daging. Apabila dia baik maka baik seluruh anggota jasad. Apabila ia buruk, maka buruk semua anggota jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Terfikir pulak begitu mudahnya hati ni berubah-ubah.. tak tetap pendirian... Baginda SAW bersabda,
“Dinamakan hati (Qalbu) kerana cepatnya berubah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sehinggakan Rasul SAW kita mengumpamakannya seperti berikut.
“Perumpamaan hati adalah seperti  sehelai bulu di tanah lapang yang diubah oleh hembusan angin dalam keadaan terbalik.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim)

Disebabkan hati ni anggota batin yang tak nampak secara fizikalnya walau kita tahu ada hambaNya yang bernyawa tapi tak berhati perut atau berhati kerin.. kenalah kita masukkan doa ketetapan hati dalam rangkaian doa2 kita padaNya kan..sebagai contoh,




Alamak bosarlak saiz eh...bacala jangan lupa hafal tau... in syaa Allah peringatan dan teguran buat diri sepanjang usia...

Cukuolah Allah bagiku....

Bismillah...

Assalam,

Hampir sebulan berpuasa bila lihat balik blog ni dah bersawang rupanya... terlalu banyak peristiwa yang telah menjadi foto dan nota 'Hari Ini Dalam Sejarah'.. disebabkan terlalu banyak nak dikongsikan sampai kesesakan yang teramat..which one first... hahaha..

Alhamdulillah syukur padaNya wlaupun blog ini sunyi dari entri.. masa yang berlalu digunakan sebaiknya... iqra'.. bacalah.. apa yang nak dibaca?.. suratkhabar!.. ada orang boleh bersabar menatap halaman demi halaman sehingga berjam2.. hinggakan part iklan pun diteleknya.. yang kaki novel.. berguling bersila bersilat sanggup tak makan tak tidur selagi tak khatam novel yang dibaca... sebenarnya mengata diri sendiri..hehehe..itu dolu... sekarang in syaa Allah dah boleh kawal diri..

Banyakkan membaca AlQuran.. dan fahamilah makna dan tafsirnya .. masyaa Allah.. tak ternilai nikmatnya jika kita menghayati kalamNya.. hajat hati nak khatam ngaji dalam bulan Ramadhan.. plan baik punya dah mula 2 minggu awal sebelum menjelang Ramadhan.. lorr ni..  tiba  juzuk 29.. dah kena stop.fitrah... tak tahulah sempat ke idok..dahlah dalam tempoh 10 malam terakhir.. aduss..apapun KetentuanNya, dugaan cubaan anugerah dan rezki kurniaanNya..


Inilah yang kujadikan zikir selain 7 zikir yang selalu dibaca dalam waktu pemanduanku ke pejabat.. nak buek lopeh Subuh tak sompek.. apa pun bila kerap membacanya setiap kesedihan dan apa jua permasalahan yang menimpa... in syaa Allah hati tenang, redha dan bersemangat semula meneruskan kehidupan seperti hambaNya yang lain...

Tuesday, June 17, 2014

Jangan tunggu kelapangan.. kejarlah ia


Berkata Abu Hurairah ra bahawasanya Nabi Muhammad saw telah bersabda: Allah swt telah berfirman yang bermaksud (di atas).  (diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Baihaqi)

Ia merupakan satu peringatan kepada kita bahawa yang menjadikan kita ini kaya atau miskin sihat atau sakit suka atau duka susah atau senang dan sebagainya  ialah dari Allah swt. DIa yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam mentaqdirkan kesemua dengan Kekuasaan qudrat dan iradatNya..

Namun sedar kah bahawa kekayaan hakiki di sisi Allah swt adalah amalan soleh yang tulus ikhlas khusyuk dari hambaNya yang tekun melaksanakannya secara istiqamah..Mengingatkan diri.. kekadang semangat dan motivasi diri boleh jadi low... so bila dijadikan entri.. zuppp meningkat tinggi balik... Moga pembaca juga tergolong dalam hambaNya yang soleh.. jom memperbanyak amal dan menyempurnakannya... 

Ayat Hebat


Dimulakan dengan lafaz bismillah...

Salam sejahtera.. Segala pujian milik Allah swt Pemilik yang mencipta dan memelihara alam semesta dan penghuniya.. Sebanyak selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw ahli keluarga dan sahabat baginda..

Baru2 ini sedang mendengarkan satu ceramah dalam You tube.. tentang betapa powerfulnya redha Allah swt pada hambanya...melebihi kenikmatan syurga..Subhanallah.. so saya paparkan doa tersebut... tak de plak dalam bahasa Arab.. sebab saya tak fasih bahasa Arab.. baru merangkak mengaji.. tengah dok scan hukum tajwid makhraj yang tak berapa smooth lagi... in syaa Allah.. satu hari saya pasti boleh berkomunikasi menggunakan bahasa Arab.. visi dan misi 5 tahun akan datang ni....

Hehehe apa pun.. sudi2lah baca doa berkenaan.. sekadar perkongsian

Tabahlah diri