Wahai aku dan khususnya diriku,
Yang memerlukan nasihat, dahagakan ilmu bersulam amal
Wahai aku dan diriku,
Basahkan bibirmu yang manis dengan istighfar tasbih dan tasmid kerana keikhlasanmu itu melakar kecantikanmu di alam sana
Wahai aku dan diriku
Segeralah bertaubat kepadanya kerana melengahkan itu umpama menyemarakkan kawah hawa dan nafsu
Wahai aku dan diriku
Lebih baik berdiam diri daripada melahirkan bait kata bagai seorang zuhud di dunia tetapi hakikatnya masih ghairahkan duniawi
Wahai aku dan diriku
Tinggalkan sifat mengharap rahmatNya bagi kehidupan akhirat jika muflis amal
Wahai aku dan diriku
Bersyukurlah kepadaNya akan setiap kebahagiaan, rezeki, kesakitan dan dugaan kurniaanNya kerana semuanya itu tanda kasih sayangNya.
Wahai aku dan diriku
Pakaikan akhlakmu dengan tauhid kepadaNya dan amalan sunnah serta hiasinya dengan kesabaran dan redha mudah2an aku dan diriku bersama para solihin..
Wahai aku dan diriku
Dengarlah ingatlah insaflah berubahlah demi aku dan diriku
HambaNya Yang Maha Esa..
No comments:
Post a Comment