Bismillah..
(Surah Mukminun ayat 57-61)
Sesungguhnya orang yang memelihara dirinya kerana takut kepada TuhanNya; Dan orang yang mempercayai keterangan TuhanNya; Dan orang yang tidak mempersekutukan TuhanNya; Dan orang yang memberikan pemberiannya sedang hati mereka takut (kepada Tuhan) kerana tahu bahawa mereka akan kembali kepada TuhanNya, Mereka itulah orang yang segera mengerjakan kebajikan dan mereka sentiasa mendahului yang lain dalam melaksanakan amal kebajikan.
Benarkah nikmat kebahagiaan seorang hambaNya itu jika menerima kurniaan Allah swt taufiq untuk beramal soleh semasa hayatnya dan dipermudahkan lagi baginya laluan menuju ketaatan dengan tulus dan ikhlas kepada Rabb Yang Maha Kaya? Sebaliknya celakalah ia jika usahanya untuk melakukan amal dan ibadah dipenuhi rintangan dan dipermudahkan laluan ke lembah azab..
Namun sekukuh besi keimanan dan setinggi gunung amalan soleh oleh taufiqNya yang dikurniakan pada seorang hambaNya itu bukanlah suatu sandaran (kebergantungan) baginya diterima masuk ke syurga... dikhuatiri ada elemen ujub dengan Rabb.. walhal hambaNya adalah lemah..
Loh.. jadi bagaimana?.. Memang kita perlu memohon agar dikurniakan taufiqNya agar kita memperbanyak dan menyempurnakan amalan ibadah soleh kerana mentaati perintahNya adalah kewajipan sebagai hambaNya.. dan kita juga perlu menambah dengan memohon agar diri kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..
wallahualam..
No comments:
Post a Comment