Berikut merupakan petikan fb juga yang saya kongsikan dalam blog ini.. berkaitan solat kita.. kita tahu tatkala solat fardhu didirikan namun ramai termasuk diri saya dalam mengawal hasutan2 iblis dan nafsu ada kalanya dari permulaan solat hingga akhir solat 'terganggu' jua... sedangkan kita sedang menghadap Allah swt.. lafaz dan niat solat telah diungkapkan.. mengapa kita gagal sekurang2nya menghormati Allah swt dalam solat kita?..
Beberapa ayat AlQuran berkaitan..
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang yang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Aisyah ra berkata Baginda saw bersabda, 'Sentiasa ada satu puak yang sentiasa melambatkan memenuhi saf pertama sehingga ia dilambatkan diberi pertolongan oleh Allah swt sehingga mereka itu dimasukkan dalam api neraka. Mereka yang lambat memenuhkan saf tidak menghormati Allah kerana itu Allah melambatkan pertolonganNya di hari Kiamat'..
Itu baru soal solat jemaah melwatkan penuh saf hadapan.. ni yang solat sendiri2 di akhir waktu pula.. Astaghfirullah..
Selain itu ramai termasuk diri sendiri sekadar ala kadar sahaja mempersiapkan diri dalam mendirikan solat sedangkan kalau nak keluar rumah hatta ke laman tepi rumah sekangkang kera pun sakan berhias.. Apalah salahnya kita 'berhias diri' sebelum atau demi mengadap lalah swt Maha Berkuasa Pemilik segala yang ada di langit dan bumi serta alam semesta.. seperti kalimahNya pada surah Al Araf ayat 31..
Rasulullah saw juga bersabda, ' Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik serta berhiaslah) asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong dan jangan pula melampau kerana Allah swt suka melihat kesan nikmatNya ke atas hambaNya.'
(Hadir riwayat Ibn Majah)
Bagi saya .. kebersihan keikhlasan kesediaan serta kesederhanaan diri merupakan antara yang dimaksudkan perhiasan diri tatkala mengadap Allah swt dalam mendirikan solat...
No comments:
Post a Comment