Bismillah
Berkata Saidina Umar ra,
" Perkara yang paling aku khuatiri terhadap kamu adalah seorang Munafik yang bila berbicara dan kelebihannya itu digunakan untuk memutar belitkan definasi kalamullah dan kitab AlQuran serta maksud Al Hadis."
Ulamaus merupakan orang alim atau ulama yang memutar belitkan tujuan agama yang benar dan lurus kepada kesesatan yang nyata.
Saat dan ketika ini.. terasa bahang kemunculan tok serban ustaz yang bagaikan cendawan tumbuh usai hujan reda..
Jagalah mulut kita kebersihan diri agar kita tidak tergolong dalam kelompok MunaafiQioun.. in syaa Allah..
Sekian, terima kasih..
Wednesday, December 17, 2014
Kisah J yang cuai dan A yang malas
Assalam..
Bismillah..
Alkisahnya di sebuah rumah agam yang sangat terlampau hmm tak berapa mewah tapi cukup kaya di pinggir bandar.. Untuk memudahkan empunya rumah dan ahli keluarganya, dua orang pembantu digajikan bernama J dan A.. Malang sekali si J ni sangat cuai manakala si A seorang pemalas.
Dek kesibukan dan ketidak cukupan masa menambah rezqi yang halal kurniaanNya si empunya ini menulis segala arahan tunjuk ajar pantang larang dan sebagainya yang berkaitan dengan tugas masing2 kepada J dan A. A yang pemalas ni baca segala isi penulisan majikannya dan memahaminya namun disebabkan sifat kemalasan yang melampaui batas tahap gaban maka tiada satu pun yang dipatuhi oleh A akan apa yang tertulis untuknya. Lebih teruk hingga level parah si J tidak langsung membacanya kerana apa yang tertulis padanya tidak langsung dibuka disebabkan dirinya buta huruf. walhal boleh je minta tolong si A membacakan padanya. yela kan si J yang cuai mana amek kisah.. terlungkup dunia pun x dipedulikannya..
Awas! ada ke kecuaian yang lebih dasyhat dari kedua A dan J terhadap perintah majikannya? Biasanya mereka berdua ni mempunyai banyak alasan yang boleh dikemukakan kepada majikannya. Kalau kita adalah si majikan berkenaan mesti kita marah tahap murka bukan? Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka berdua ini?.. Berhentikan kerja.. ishishish.. kita juga yang rugi sebab kos mengambil bekerja belum cover lagi.. apa kata seksakan mereka sampai mereka insaf dan berubah.. tapi boleh jadi isu penderaan pula.. susah juga kan..
Wahai pembaca budiman.. semoga kita dan keturunan kita sentiasa dalam rahmatNya.. dan dijauhkan kita daripada sifat J dan A.. nak tahu sapa mereka.. jeng jeng jeng..
si J itulah si jahil yang tidak mahu belajar walau tahu kekurangan diri sehingga cuai dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan/diperintahkan oleh Allah swt.. manakala si A aduss merupakan si alim yang berpengetahuan dalam hal2 agama namun tidak mahu beramal dengan ilmu yang diperoleh dariNya...Nauzubillah.. dan inilah yang dikatakan A dan J yang serugi2nya di dunia dan di akhirat.. kerugian yang nyata..
Sekian..renung2kanlah..

Tuesday, November 25, 2014
Semuanya Aku
Bismillah..
Wahai mataku..
walau tidak secantik mataNya
Jadikanlah pandangan mataku seumpama mata sang lebah
Hanya memandang kewangian dan keindahan
Dalam erti kata
Hanya melihat kebaikan orang lain sehingga terlupa keburukannya
Bukannya
Pandangan mata si lalat
Yang leka memandang yang buruk dan menghinggap pada bauan busuk
Iaitu
Seperti gemar melihat keburukan dan kekurangan orang lain
lalu menyebarkan aroma celaan terhadap orang lain itu.
ps: ini patung ke betul2 ni?

**Peringatan untuk aku sementara mata ini dipinjamkan olehNya.. sesaat sejam esok lusa tahun mendatang belum tentu mata aku dapat menikmati pemandangan anugerah Ilahi..
Monday, October 27, 2014
Konpius
Bismillah..
Berjumpa dengan izinNya berpisah kerana mematuhi perintah dan laranganNya..
yang membuatku konpius.. Ia sesuatu yang tidak mungkin .. mustahil bangat...menurut firasatku namun bila diamati ..
Maka wahai diri yang kusayang. kini tidak perlu khuatir risau2 lagi.. berserah padaNya tawakkal akan ketentuanNya... petikan ayat 186 surah Al Baqarah..

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
|
Oleh itu kena perbanyakkan berdoa juga selain berusaha.. kalau hari ni doa dibaca sekali esok lusa diulang dua tiga kali .. mudah2an makbul.. andai tidak juga.. pasti ada hikmahNya.. bersangka baik denganNya...
Sunday, October 26, 2014
Bukan Jamilah .. Tetapi Jahil la..
Bismillah..
Jahil... kekadang sesuka hati je kita mengata aka mengusik rakan dengan mengatakan 'ko ni jahil la'.. suka hati je kita menyebutnya.. astaghfirullah... maafkan diri ini..
Saya tak mahu sentuh tentang isu semasa yang hangat diperkatakan. tapi itulah hakikatnya andai diri kita jahil dengan hukum2 Allah swt.. nauzubillah..
Surah Ar Rum ayat 6 dan 7..
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
Menarik juga apabila terbaca dalam buku karangan Imam Habib Abdullah Haddad menyatakan seorang penyair terdahulu berkias akan orang jahil sebagai;
Kejahilan merupakan ibu kepada kecelakaan dan bala di dunia dan di akhirat. AlHAsan Al Bishri r.a. pernah berkata 'Oleh kerana terlampau kenal benar akan dunia dan urusannya seseorang boleh meneka berapa berat satu dirham tanpa melihat. Tetapi jika ditanya tentang syarat bersuci dan solat ia akan menggeleng kepala kerana tidak tahu.'
Ilmu kurniaan Allah swt itu sangat luas.. teruskan mendalami ilmu tanpa putus asa asalkan bukannya ilmu berkaitan maksiat dan dosa...
Jahil... kekadang sesuka hati je kita mengata aka mengusik rakan dengan mengatakan 'ko ni jahil la'.. suka hati je kita menyebutnya.. astaghfirullah... maafkan diri ini..
Saya tak mahu sentuh tentang isu semasa yang hangat diperkatakan. tapi itulah hakikatnya andai diri kita jahil dengan hukum2 Allah swt.. nauzubillah..
Surah Ar Rum ayat 6 dan 7..
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
Menarik juga apabila terbaca dalam buku karangan Imam Habib Abdullah Haddad menyatakan seorang penyair terdahulu berkias akan orang jahil sebagai;
'Si jahil itu telah pun mati meskipun ajal belum menjemputnya. Tubuhnya itulah kubur meskipun ia belum dikebumikan."
Wow hebat juga gurindam penyair tersebut akan bayangan jahil. Kita perlu berhati2 agar terpelihara daripada golongan jahil terhadap perintah Allah swt.Kejahilan merupakan ibu kepada kecelakaan dan bala di dunia dan di akhirat. AlHAsan Al Bishri r.a. pernah berkata 'Oleh kerana terlampau kenal benar akan dunia dan urusannya seseorang boleh meneka berapa berat satu dirham tanpa melihat. Tetapi jika ditanya tentang syarat bersuci dan solat ia akan menggeleng kepala kerana tidak tahu.'
Ilmu kurniaan Allah swt itu sangat luas.. teruskan mendalami ilmu tanpa putus asa asalkan bukannya ilmu berkaitan maksiat dan dosa...
Beginilah Takdir Itu..
Assalam alaik..
Bismillah..
Menurut sebuah buku penulisan Imam Habib Abdullah Haddad, suatu hari Saidina Ali r.a ditanya tentang takdir lalu dijawab oleh beliau;
Maka yakinilah sepenuh kepercayaan iaitu beriman kepada qada' dan qadarNya (ketentuan dan takdir Allah swt)
Andai ditimpa musibah.. beristighfar memohon ampunanNya dan berzikir mengingatiNya sebaliknya andai dikurniakanNya rezeki yang berlimpah ruah dalam pelbagai aspek jangan pula kita lupa mensyukuri atas nikmat2 yang diberi..
Bismillah..
Menurut sebuah buku penulisan Imam Habib Abdullah Haddad, suatu hari Saidina Ali r.a ditanya tentang takdir lalu dijawab oleh beliau;
"Ia laksana lautan yang dalam, jangan sampai menduganya. Ia laksana jalan yang gelap gelita jangan melaluinya. Ia adalah rahsia ditutupkan Allah swt kepadamu, jangan membongkarnya."
Andai ditimpa musibah.. beristighfar memohon ampunanNya dan berzikir mengingatiNya sebaliknya andai dikurniakanNya rezeki yang berlimpah ruah dalam pelbagai aspek jangan pula kita lupa mensyukuri atas nikmat2 yang diberi..
Thursday, October 23, 2014
Bila...
Assalammualaikum..
Bismillah..
(Surah Mukminun ayat 57-61)
Benarkah ada yang mengatakan bila keimanan seorang hambaNya semakin kukuh dan amalannya semakin baik maka akan bertambah kebimbangannya?.. dan sebaliknya jika semakin lemah keimanan kita hambaNya disebabkan semakin banyak dan terjebak dalam amalan yang tidak baik jiwa akan merasa aman dan hati semakin megah dan iak.. na'uzubillah..
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.(Ayat 17 Surah Al Kahfi)
Benarkah nikmat kebahagiaan seorang hambaNya itu jika menerima kurniaan Allah swt taufiq untuk beramal soleh semasa hayatnya dan dipermudahkan lagi baginya laluan menuju ketaatan dengan tulus dan ikhlas kepada Rabb Yang Maha Kaya? Sebaliknya celakalah ia jika usahanya untuk melakukan amal dan ibadah dipenuhi rintangan dan dipermudahkan laluan ke lembah azab..
Namun sekukuh besi keimanan dan setinggi gunung amalan soleh oleh taufiqNya yang dikurniakan pada seorang hambaNya itu bukanlah suatu sandaran (kebergantungan) baginya diterima masuk ke syurga... dikhuatiri ada elemen ujub dengan Rabb.. walhal hambaNya adalah lemah..
Loh.. jadi bagaimana?.. Memang kita perlu memohon agar dikurniakan taufiqNya agar kita memperbanyak dan menyempurnakan amalan ibadah soleh kerana mentaati perintahNya adalah kewajipan sebagai hambaNya.. dan kita juga perlu menambah dengan memohon agar diri kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..
wallahualam..
Bismillah..
(Surah Mukminun ayat 57-61)
Sesungguhnya orang yang memelihara dirinya kerana takut kepada TuhanNya; Dan orang yang mempercayai keterangan TuhanNya; Dan orang yang tidak mempersekutukan TuhanNya; Dan orang yang memberikan pemberiannya sedang hati mereka takut (kepada Tuhan) kerana tahu bahawa mereka akan kembali kepada TuhanNya, Mereka itulah orang yang segera mengerjakan kebajikan dan mereka sentiasa mendahului yang lain dalam melaksanakan amal kebajikan.
Benarkah nikmat kebahagiaan seorang hambaNya itu jika menerima kurniaan Allah swt taufiq untuk beramal soleh semasa hayatnya dan dipermudahkan lagi baginya laluan menuju ketaatan dengan tulus dan ikhlas kepada Rabb Yang Maha Kaya? Sebaliknya celakalah ia jika usahanya untuk melakukan amal dan ibadah dipenuhi rintangan dan dipermudahkan laluan ke lembah azab..
Namun sekukuh besi keimanan dan setinggi gunung amalan soleh oleh taufiqNya yang dikurniakan pada seorang hambaNya itu bukanlah suatu sandaran (kebergantungan) baginya diterima masuk ke syurga... dikhuatiri ada elemen ujub dengan Rabb.. walhal hambaNya adalah lemah..
Loh.. jadi bagaimana?.. Memang kita perlu memohon agar dikurniakan taufiqNya agar kita memperbanyak dan menyempurnakan amalan ibadah soleh kerana mentaati perintahNya adalah kewajipan sebagai hambaNya.. dan kita juga perlu menambah dengan memohon agar diri kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..
wallahualam..
Wednesday, October 22, 2014
Lindungi Diriku dari..
Bismillah...
Walau dah banyak blog dan pengisian berkaitan doa2 kepada Allah swt, saya juga ingin berkongsi di laman blog ini.. dengan tujuan untuk rujukan diri...mudah2an kita sentiasa dilindungi oleh Allah swt daripada 4 perkara ini..

Ya
Allah Daku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak
khusyuk, nafsu dan jiwa yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak dikabulkan..
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
Friday, September 19, 2014
Jom Dating
Assalam
panjang sedikit coretan kali ini... maaf yea.. tak apa bekalan akhirat..
panjang sedikit coretan kali ini... maaf yea.. tak apa bekalan akhirat..
Usaha
untuk memperbaiki kekurangan dalam beribadah seikhlasnya kepada Allah swt sangat meruntun dalam diri ini .. semoga
Allah swt memberkahi hidup kita hambaNya atas usaha kita menempuhi perjalanan
yang khusyu’ dalam ibadah kepadaNya.. Sebaik mungkin daripada ‘petua’ ini, Lia sendiri berusaha praktikkan dengan membuat
sedikit penyesuaian dengan diri Lia...Lia sedar yang paling sukar dan cabaran
keimanan dan ketaqwaan seorang hambaNya yang terbesar adalah meraih khusyuk
dalam solat. Lia amati cara memperbaiki diri ke arah penyempurnaan hambaNya..mungkin
kalian ada cara lebih berkesan.. bolehla komen2 juga..mudah2an kita juga
tergolong dalam hambaNya yang beriman dan
beramal soleh...
1.
Peruntukkan 1-10 minit sebelum masuk waktu solat fardhu untuk ‘berehat’ dari
sebarang altiviti. Berikut adalah ‘pengisian’nya..
a.
Berwudu’ dalam keazaman bahawa kita
dalam perjalanan untuk bertemu dengan Allah swt.. Wudhu’ dengan sebaik
mungkin..andai tidak sempurna wudhu’ ibarat
perjalanan kita banyak ‘accident’ akan berlaku ... diiringi doa agar Allah swt
lindungi diri daripada melakukan atau terjebak dalam kejahatan dan kemaksiatan ..
berjalanlah menuju tempat kita mendirikan solat seolah2 dalam
perjalanan yang semakin hampir denganNya..
b.
Sejadah dibentang dengan penuh kasih sayang dan hormat penuh sopan..kita sangat
hampir denganNya...Bersedia atas sejadah untuk ber’dating’ denganNya..
melepaskan kerinduan mengabdikan diri selaku hambaNya...Meng’asing’kan diri
c.
Berkomunikasi dengan Allah swt dengan ber’cerita’ tentang kerja, hidup keluarga
dan anak2 dan apa sahaja disulami zikrullah. Saat itu kita muhasabah diri..
andai tersilap istighfar..andai
bersyukur alhamdulillah andai menakjubkan Allahuakbar, subhanallah,
Masyaa Allah dsbgnya..
d.
Tatkala azan berkumandang itulah saat indah memujiNya, merafaq doa padaNya dan
bersyukur atas segala kurniaanNya yang zahir dan batin.
e.
Memperbetulkan berdiri untuk memulakan solat, beristighfar lagi sehingga jiwa
merasai damai tenang berhadapan denganNya.. Memohon keampunanNya agar merasakan hati bersih dan jiwa ikhlas
menghadirkan diri padaNya.. barulah dibaca lafaz dan niat solat..
f.
Saat mengangkat takbir Allahu Akbar memanggil Pencipta Yang Maha Kaya Maha
Besar dan Maha Berkuasa Engkaulah yang sangat dirindui..
g.
Saat bibir menzahirkan doa iftitah memujiNya, hati menterjemah apa yang
dilafazkan.
Ya Allah
Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-besarnya Ya Allah. Segala pujian hanya
milikMu Ya Allah sebanyak2nya Ya Allah Dan Maha Suci Engkau Ya Allah dipagi dan
petang hari seluasnya Ya Allah
Ya
Rahman ku hadapkan wajahku di hadapanMu. Engkaulah Tuhan kami Yang Maha
Berkuasa dan Pencipta yang menjadikan langit dan bumi dengan benar dan lurus
sempurna dan Daku berserah kepadaMu Ya Allah.. Ya Rabbi Yang Maha Pengampun
daku ini bukanlah dari golongan orang yang musyrik Ya Allah.
Sesungguhnya
Ya Rahim, solat yang ku dirikan ibadah yang ku laksanakan dari saat hidupku sehingga
saat matiku dengan kembalinya ku kepadaMu Ya Allah hanyalah dilakukan keranaMu
untukMu YA Allah.
Ya Allah
tiada sekutu bagiMu Yang Maha Perkasa dan daku diperintahkan agar tidak
menyekutukanMu dan daku adalah dikalangan hambaMu Muslimin yang berserah diri
dan bertawakkal padaMu.
h.
Seterusnya diikuti lafazan se’merdu’ Surah AlFatihah dengan penyampaian yang
penuh bermakna..
Ya Allah Daku berlindung kepadaMu
dari kejahatan dan kesesatan syaitan laknat yang terkutuk
Ya Allah dengan NamaMu yang zahir
dan ghaib Rabb Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Ya
Allah segala pujian hanya layak bagiMu Tuhan yang memelihara dan mentadbir
Kerajaan segala alam semesta
Ya
Allah Sungguh Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya
Allah Sungguh Daku bersaksi Engkaulah Yang Maha Berkuasa pada Hari Pembalasan
Ya
Allah Hanya kepadaMu kami sembah taat mendirikan perintahMu serta meninggalkan
laranganMu dan Hanya kepadaMulah sahaja tempat kami memohon segala pertolongan
Ya
Allah Tunjukilah Pimpinilah kami ke jalanMu yang Lurus dan Benar
Iaitu
Jalan mereka yang Engkau kurniakan kenikmatanMu Ya Allah (para siddiqin,
syuhadah solihin etc) Ya Allah
Bukannya
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukannya jalan mereka yang sesat kafir.dan dilaknatiMu ..
i.
Usai Bacaan Surah AlFatihah.. diam sebentar dalm 2-4 saat sebelum membaca surah
lain atau ayat AlQuran yang mudah dan kita fahami..Waktu berdiam ini juga boleh
diisikan dengan istighfar kerana dalam tempoh mengangankat takbir hingga ke
kini masih ada potensi perhatian kita dibiaskan ke tempat lain..
j
Diam sebentar juga sebelum ruku’.. bersedia bahawa tindakan sejurusnya adalah untuk menghormati dan memuji Allah swt. Allahu
Akbar..Pujian SUBHAANA RABBIYAL ‘ADZIIMI WA BIHAMDIH.padaNya seikhlas dan
setulus oleh dari hati yang suci sebagai hambaNya. Syukur padaNya yang datang
dari hati yang ikhlas atas setiap kurniaanNya..
yang bermakna ‘Maha Suci Allah Yang Maha Agung’ sebanyak pujianNya terhadap
DzatNya yang diulangi sebanyak 3 kali (sunat) bagi mengukuhkan persaksian kita
terhadapNya yang Maha Agung.dan bukannya setakat mainan suara dibibir semata.
Secara
saintifiknya juga ruku’ mampu memperbetulkan tetulang aliran darah dsbgnya
sebab itu ia dilakukan tidak terlalu lama dan tidak terlampau sekejap..sekadar
secukup utk keperluan kesihatan tubuh kita..
ii.
Usai ruku’ bangun iktidal perlahan dan menyebut dengan penuh keyakinan SAMI’ALLAAHU
LIMAN HAMIDAH iaitu Allah Maha Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang
MemujiNya (Dan Membalasnya) diikuti pujian padaNya RABBANAA LAKAL HAMDU MIL’US
SAMAAWATI WA MIL ‘ULARDHI (setakat ini saja yang Lia baca..) bermaksud Ya Rabb Hanya
UntukMu Segala Pujian Sepenuh Langit Dan Bumi dan seluruh isinya.. Allahu
Akbar.. kita pun turun untuk sujud kepadaNya..
j.
Dalam posisi sujud rehat sebantar dalam 2-3 saat memastikan anggota sujud pada
tempat sepatutnya..Kini kita sangat dekat dgn asal kejadian kita iaitu
tanah/bumi.. Merendah diri padaNya lalu diucapkan SUBHAANA RABBIYAL A‘LAA WA
BIHAMDIH.. Maha Suci Tuhanku Yang Maha
Tinggi sebanyak pujianNya terhadap DzatNya... yang
diulangi sebanyak 3 kali (sunat) dengan nadakeikhlasan dan ketaqwaan padaNya.
k.
Duduk antara 2 sujud.. Inilah saat Lia berdoa penuh harap.. dulu sebelum tahu
maknanya ia dibaca secepat yang mungkin tanpa coma sekali nafas dan bermacam
lagi.. hingga satu ketika bila terdetik untuk mengetahui maknanya..
Subhanallah.. bacaannya merupakan doa yang sempurna lengkap ringkas dan tepat
dari sudut Arabnya tapi Lia panjangkan utk penghayatan Lia..walaupn Dia Maha
Mengetahui
RABBIGHFIRLII
WARHAMNII WAJBURNII WARFA’NII WARZUQNII WAHDINII WA’AAFINII WA’FU ‘ANNII.
Ya
Allah YaTuhanku Ampunilah (segala dosa2)ku, Kasihanilah diriku, Cukupkanlah KekuranganKu/Tutupilah aibku, Angkatlah ( Darjat
)Ku di sisiMu lebih baik pada hari ini berbanding semalam, Kurniakanlah kepadaku
Rezeki yang halal dan penuh barakah dari sisiMu, Berilah PetunjukMu dan ilmu
bermanfaat kepadaku agar tetap dijalanMu yang lurus dan benar, Berilah Diriku
Kesihatan dan kecergasan dalam melaksanakan urusan agama dunia dan akhiratku Dan
Maafkanlah segala Kesalahan, kekurangan kelemahan, kelalaian dan kealpaanku..
l.
Posisi lain dalam solat adalah duduk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir... Inilah
utama kemuncak pengukuhan penyaksian sebenarnya antara kita kepada Ya Rabb Yang
Esa.. pengalaman diri saat ini juga sangat kuat syaitan berusaha menyesatkan
atau memesongkan tumpuan kita tapi tetap gagal saat dua kalimah syahadah
dilafazkan..
Memahami
keseluruhan maksud bacaan tahiyyat
ATTAHIYYAATUL MUBAARAKAATUSH SHALAWATUTH
THAYYIBAATU LILLAAH.
Segala
Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah MilikMu Allah.
ASSALAAMU
‘ALAIKA AYYUHAN NABIYYU WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH.
Semoga
Kesejahteraan, Rahmat Allah Dan BarakahNya Tetap Tercurahkan Atasmu, Wahai
Nabi.
ASSALAAMU
‘ALAINAA WA ‘ALAA ‘IBADADILLAAHISH SHAALIHIIN.
Semoga
Kesejahteraan Tetap Terlimpahkan Atas Kami Dan Atas Hamba Allah Yang Soleh
.
ASYHADU
ALLAA ILAAHA ILLALLAAH. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAAH.
Aku
Bersaksi Bahwa Tidak Ada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad
Adalah Rasul/ Utusan Allah.
ALLAAHUMMA
SHALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.
Ya
Allah ! Limpahkanlah Kesejahteraan dan RahmatMu Kepada Penghulu Kami, Nabi
Muhammad Dan Kepada Keluarganya. .
~~~~~~~
KAMAA
SHALLAITAA ‘ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIIM WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA IBRAAHIIM.
Sebagaimana
Telah Engkau Limpahkan Kesejahteraan dan RahmatMu Kepada Penghulu Kami, Nabi
Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.
WA
BAARIK ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.
Dan
Limpahkanlah Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya.
KAMAA
BAARAKTA ‘ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIIM WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA IBRAAHIIM.
Sebagaimana
Telah Engkau Limpahkan Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada
Keluarganya.
FIL
‘AALAMIINA INNAKA HAMIIDUMMAJIID..
Sungguh
Di Alam Semesta Ini, Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia.
YAA
MUQALLIBAL QULUUB. TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIK
Wahai
Dzat Yang Menggerakkan Hati. Tetapkanlah Hatiku Pada AgamaMu.
Segala kekurangan dan kesilapan adalah kelemahan diri Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini.. para pembaca budiman tegur2kanlah diri ini..agar yang benar dapat dipelajari bersama..
Berlandaskan FB Cikgu Shaini ‘Menemukan Khusyuk Yang Hilang’ oleh Dr Fuad
Latip.. Setinggi penghargaan diucapkan.. semoga kalian sentiasa dalam rahmat
Allah swt
Sunday, August 31, 2014
Rindu Bangat
Have you ever missed someone sooooo much that even the thought of them made you burst into tears?
Well...
Well...
Tuesday, August 26, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Izinkanku dekatiMu
Assalam alaik..
Bismillah...
Alhamdulillah.. ada kesempatan sementara pula.. pejabat agak sunyi hari ni.. ramai outstation apapun kena siapkan tugasan dalam tangan.. tak menang tangan juga.. teringat akan suatu masa .. tugasan menukarkan bateri keta yang kaput di bawah cahaya mentari yang teramat cantik sinarannya..oouchh....tak susah pun .. ahakss .. bukan nak menunjuk.. .. sifat lemah lembutnku berselindung di balik tabir kekuatan dan kebolehan anugerah Ilahi Yang Maha Kaya.. tak semua juga.. sebenarnya malas nak panggil foreman ke apa ke sebab meka mostly lelaki dahla satu Adam pun tak de di rumah..
Citer tu selingan je..
apapun doa hari ini untuk diri dan kalian jua..

Ya Allah Ya Rabb
Berikan kami petunjukMu untuk belajar dari SunnatullahMu
dari apapun yang Engkau kurniakan kepada kami
sebagai ilmu untuk lebih mendekati padaMu
Apapun yang Engkau berikan ini tersimpan rahmat di sebalik semuanya
Jadikan hidup kami ini mulia dan penuh keberkahan dijauhkan musibah dan malapetaka
Sebanyak solawat dengan solawat yang sempurna dan ungkapan salam yang sempurna atas penghulu kami Nabi Muhammad juga atas ahli keluarganya dan sahabat handainya. Segala pujian hanya milikMu pencipta dan pemelihara langit dan bumi dan di antaranya..
Aamiinn..

Saturday, August 9, 2014
Malam raya ke...
Bismillah..
Assalam...
Mari tuan/puan dengar ini cerita (nada macam iklan axion tu).. kisah benar ziarah raya kanak-kanak zaman ini..
Alkisahnya.. kita sinopsis dulu.. rumah ku berhampiran dengan selekoh.. selekoh tersebut ada penghadang dan dibelakang penghadang ada beberapa buah pokok.. petang tersebut bila melaluinya kulihat sebuah pokok mencondong sangat ke jalan raya.. mengapa eh?
Gini citernya.. kemusykilan dengan kanak2 zaman moden ni.. meka akan tuju terus ke rumah yang bagi duit raya lebih sikit dari kebiasaan atau 'market value' atau 'par'.. memang tahun ni berniat sedekah lebih sikit je pun.. tapi sakan nak citer juga kan.. ujub..ujub.. astaghfirullah// so pada malamnya datang sekumpulan kanak2 dalam 6 orang.. terus tuju ke rumah ku sedangkan sah2 tersergam indah semibanglo 3 bijik sebelumnya tak pula meka datang beraya..
Dah..mode mengusik ku dah mai.. memandangkan meka sume lelaki.. lagi senang citer.. malam ni nak test kejantanan meka.. first2 soklan biasa je sekolah mana darjah bape tinggal mana.. bila tiba part meka kata dari surau.. hmm umpama masuk jerat bebudak ni.. macam penyiasat tanpa ijazah ku ngusik meka.. syok tengok meka sakan gelak.. menjadi ni..
Rasa2 macam meka nak belah.. (lepas bagi 'angpow' memang sah cepat meka angkat punggungnya... ku mula pasang jerat.. baik punya.. nanti bila korang lalu kat selekoh tu hati2.. situ kawasan gelap... yelah achik.. kata meka.. ku mengayat lagi.. tu la tadi achik balik tengok salah satu pokok tu mencontong tunduk plak... bahaya tu selalnuya cantik gah tegak..sorang2 meka bagi komen.. salah sorang plak kata.. dah la achik seram dah ni bulu roma dah naik.. eh apsal plak takut.. kan korang dah sunat.. time tu.. ada yang ngaku udah sunat dan ada yang belum.. ku sambung lagi.. kalau dah sunat tak de apa nak ditakutkan lagi kan.. dah besar dah..dah salah sorang angkat punggung tukar tempat duduk.. sebelum tu sakan lagi bercerita sanggup tengok ty @video sampai 3 4 pagi berjaga...macam berani sangat..ku pun takut mengkufurkan meka..citerlah mengapa pokok tu tunduk.. sebenarnya ia pokok buah.. kali ni memang lebat sangat buahnya dan menjadi pulak.. agaknya tetupai semua dah jemu dengan menu sama dan bertukar selera makanan barat.. selamat pokok aku kata siempunya pokok tersebut.. ku certalah ia condong sebab buahnya dah membesar dan lebih lagi dibalut rapi kesemuanya oleh tuan punya pokok.. rupanya bebdak ni dah tak boleh terima apapun.. perasaan seram dah masyukkk.. parah ni.. masa balik ku hantar sampai penghujung porch bersempadan jalan raya lagi.. kesian hero2 ni.. ingatkan tadi bila tengok gaya datang dan bercakap macam berani sangat.. rupa2nya hampe.. kita ni dok tengok meka.. ghupanya meka langkah seribu dan itupun ikut jalan lain.. ahaks...rasanya meka dah tak g beraya malam2 lagi dah lepas ni.. serik rasanya..
dan paling kurang asam di lain hari plak datang sekelompok budak.. kol 9.45 malam.. giler ke hapa beraya hari bersekolah memalam cam tu.. nasib baik dah tutup pintu tak ku layan.. memang dah dari berkurun orang tua kata tetamu datang bawa rezeki kita kena ikhlas terima.. benar tapi tak pe bagi kali tu.. tak rezeki pun tak pe.. takutnya bukan dapat rezki tapi tuuuuttttt.. tak mau cakaplah..aikk panjang plak citer malam ni..
pengalaman korang bagaimana?

Subscribe to:
Posts (Atom)