Hidup kita di dunia
Umpama layang-lalyang berbagai rupa dan warna di langit takdir
Terbang tinggi rendah jauh dan dekat di awangan
Hanya di lembabayung iradahNya
Kekal terbang selagi ada bekalan tiupan angin kekadang sepoi2 seketika ribut
selagi kertas membaluti rangkanya tidak terkoyak
selagi buluh rangkanya masih teguh dalam ikatan
Andai tali sudah ditarik masuk gulungan
Turunlah ia dengan Redha
Tidak berhak untuk terus beada terbang di awangan tinggi
Sekiranya Sang Pemilik menetapkan
Malaikat Maut menjemput kepulanganmu padaNya
No comments:
Post a Comment