Thursday, November 28, 2013
Wednesday, November 27, 2013
Narsisme
Assalam alaik..
Bismillah..
Kali ini entriku bertajuk seperti di atas la.. of course..
Actually ia berkait dengan kejadian pagi kelmarin..' Kak, si polan cakap dia awet muda.. pelikla..'
Si kawan pula membalas..' biasa tu.. tahap keyakinan diri dia tinggi.. memang dia rasa awet muda dia bo cakap la .. dia bukan jenis simpan dia jenis meluahkan..'..
Urpp terpana seketika.. Adakah kita boleh sesuka hati menyatakan kelebihan diri kita just because kelebihan itu memberi kita keyakinan diri dan boleh dicanangkan? Bukankah itu memuji diri?.. confuse.. tersentuh dengan kata si kawan saya diamkan diri dan terus mencari maklumat..sambil ligat otak ni berfikir.. Ohh adakah orang yang memaparkan wajahnya atau apa jua miliknya di facebook instagram twitter merupakan caranya memuji diri atau secara tidak sengaja ke arah memuji diri..bukan setakat gambar.. tutur kata tingkah laku bahasa badan.. semuanya yea.. silap2 hari bulan di mata orang lain kita memuji diri sendiri.. Nauzubillah.. astaghfirullah..
Sama ada secara sedar atau tidak, kita sentiasa berdepn dengan perangkap narsisme.. sama ada tutur fikir lihat atau melakukan perbuatan pujian yang kita anggap biasa saja atau kita anggap wajar sebagai kebaikan, narsisme ternyata menurut Allah swt adalah suatu dosa. Siapa tidak suka dipuji? menerima pujian boleh meningkatkan keyakinan diri. Yang memuji sama ada secara jujur atau apa jua musababnya merupakan suatu luahan dalam bentuk kata atau kelakuan.
Penjelasan Syekh Ibnu Utsaimin tentang hukum seseorang yang memuji dirinya sendiri:
Pujian terhadap diri sendiri, apabila dimaksudkan untuk menyebutkan nikmat Allah atau agar kawan-kawannya mengikutinya, maka hal ini tidak apa-apa. Jika orang ini bermaksud dengan pujiannya untuk menyucikan dirinya dan menunjukkan amal ibadahnya kepada Rabbnya, maka perbuatan ini termasuk minnah, hukumnya tidak boleh (haram).
Di dalam kitab Al-Manahil Lafzhiyyah, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya, “Apa hukum memuji diri sendiri?” (pertanyaan no 44). Beliau menjawab,
'Memuji diri sendiri, jika yang dimaksud adalah Al-tahadduts (menyebut-nyebut) nikmat Allah ‘azza wa jalla atau agar orang lain menteladani dirinya, hal ini tidak apa-apa. Namun apabila yang dimaksud adalah mentazkiyah (memberi penghargaan) diri dan berbangga dengan amalnya kepada Rabb ‘azza wa jalla, hal ini tidak boleh kerana itu merupakan sikap sombong. Allah swt berfirman,
“Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar” ( Surah Al-Hujurat ayat 17)
Tahukah kita bahawa memuji itu tidak boleh sembarangan dan dipuji perlu berhati2 tatkala menerima pujian?
Pertama,
Tidak boleh memuji diri sendiri. Sebab kita tidak tahu apakah diri kita ini adalah hamba yang baik disisi Allah swt.
Allah swt berfirman, “Maka janganlah kalian mengatakan diri kalian suci. Dia lah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.”
[Surah An-Najm ayat 32]
Rasulullah saw juga mewasiatkan, “Janganlah menganggap diri kalian suci. Hanya Allah yang mengetahui siapa yang baik di antara kalian.”
[Sahih Mukhtashar Sahih Muslim no. 1407]
Kecuali kalau kebaikan diri kita itu adalah masalah duniawi dan tanpa berlebihan dalam menilai diri. Allah swt mengisahkan Nabi Yusuf,
“Berkata Yusuf, ‘Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir) sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan.’
[Surah Yusuf ayat 55]
Rasulullah saw berkata, “Aku adalah seorang Nabi yang tidak pernah berdusta. Aku adalah pemimpin anak Adam [manusia]. Aku orang pertama yang akan keluar dari bumi. Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang Allah dan paling bertakwa kepadaNya. Aku pernah bermalam di sisi Tuhanku.”
Atau tujuannya untuk memotivasikannya dalam bentuk peneguhan keimanannya kepada Allah swt dengan sesuatu yang ia miliki,amar makruf nahi mungkar, menjadi nasihat, untuk memberikan petunjuk pada suatu kemashalatan, sebagai pelajaran, pendidikan, nasihat, untuk mendamaikan kedua pihak yang bermusuhan, demi menolak keburukan yang menyerangnya, atau karena tujuan baik lainnya adalah dibolehkan tetapi sebaiknya dihindari jika dikhuatiri lama-kelamaan ia menjadikannya bangga diri.
Kalau pun nak sebut kebaikan diri sendiri dengan niat sebagaimana perkara-perkara tersebut hendaknya juga disertai keyakinan bahawa ucapannya itu akan diterima dan menjaga apa yang telah disampaikan atau mengatakan bahawa ucapan itu akan kalian temukan pada diri orang lain juga .
Sebolehnya pujian kehadrat Allah swt mendahului atau baru diiringi dengan pujian kepada insan khususnya yang berhak dan layak menerima pujian. Seharusnya kita tahadduts (menyebut-nyebut) nikmat Allah yang diberikan kepadanya, iaitu perlindungan berupa iman dan keteguhan.
Rasulullah saw berkata,
“Jauhilah sanjung-menyanjung, kerana sesungguhnya itu adalah penyembelihan.”
[Sahih: Ash-Shahihah no. 1284]
Ketiga,
Ada kalimat khusus ketika terpaksa, (ingat ya, terpaksa!) memuji seseorang. Dalam kisahh Abu Bakrah, seorang lelaki yang disebut-sebut di hadapan Rasulullah saw kemudian berkatalah seseorang, “Wahai Rasulullah, tak seorang pun yang lebih baik darinya setelah Rasulullah dalam hal ini dan itu.” Rasulullah saw segera bersuara, “Hei, anda telah memenggal leher kawan anda.” Baginda saw mengatakannya tiga kali. Setelah itu Rasulullah saw berkata,
“Jika salah seorang di antara kalian harus menyanjung saudaranya, hendaklah ia berkata, ‘Menurutku, si Fulan adalah demikian, jika ia memandangnya seperti itu, dan tidaklah aku menyucikan seorang pun di atas Allah.”
[Sahih Mukhtashar Sahih Muslim no. 1510]
Keempat,
Kalau ingin memuji seseorang atas kebaikannya yang kita saksikan sendiri, pujilah dia ketika dia sudah wafat. Kalau masih hidup, diamkan sahaja dan mendoakannya lebih baik, soalnya kita tidak tahu bagaimana akhir hidupnya. Mungkin di akhir hidupnya dia banyak berbuat dosa dan maksiat kerana dikhuatiri juga kekerapannya menerima pujian menjadikannya takabbur (sombong), ‘ujub pada dirinya dan tidak ikhlas dalam beramal. Rasulullah saw berkata, “Janganlah kalian merasa takjub dengan amal seseorang, hingga kalian melihat bagaimana hidupnya berakhir.”
[Sahih: Ash-Shahihah no. 1334]
Sebagai seorang Muslim atau Muslimah bukankah seharusnya sangat bersyukur dan kekal andai pujian itu kita miliki dari Sang Pencipta iaitu Allah swt. Tidak perlu pujian dari manusia. bersifat sementara. Ia tidak memberi kesan kepada akhirat kita, sebaliknya yang paling dikhuatiri pujian manusia itu membuat kita lupa diri dan tidak ikhlas. Kecuali memuji Allah swt, hendaklah sentiasa di bibir dan dihati..ingatlah Dia sebanyak-banyaknya.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari sifat narsis ini, memudahkan kita dalam menjalankan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya, walau sebesar zarah. Wallahu a’lam
Jadi bagaimana nak membezakan narsis atau tidak. Anda narsis jika :
1. Merasa diri sangat penting dan ingin dikenal oleh orang lain
2. Merasa diri unik dan istimewa
3. Suka dipuji, bahasa lainnya minta dipuji, paling2 koman pun sehari mesti memuji diri sendiri.
4. Suka bergambar dan mewarwarkannya terutamanya untuk tatapan publik..
5. Suka berlama lama di depan cermin..
Naudzubillah..
Penghargaan:Brilly El-Rasheed (brillyyudhowillianto@gmail.com)\blog ulamasunnah dari Kitab Al Manahil Lafzhiyah karya Syaikh Ibnu Utsaimin\ sosbud.kompasiana.com\
Tuesday, November 26, 2013
Andai Di Syurga.. Payung Emas Tiada nilainya...
Assalam..
Bismillah..
Berikut saya paparkan petikan2 maklumbalas tentang pernyataan bahawa isteri yang mengizinkan suaminya berpoligami bakal memperoleh payung emas di syurga.. Memang saya kureng sikit.. sukar nak percaya... pencarian kesahihan pernyataan ini baru kini ada kekuatan untuk menerokanya... jom kita lihat..
'Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?
Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?
***********
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.
Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.
Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].
Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]
Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]
Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb.'
petikan .http://soaljawabquranhadis.blogspot.com
wallahualam..
'

Uhibbuki fillah
Uhibbuki fillah?”
Ohh maksudnya “Mencintaimu kerana Allah swt,”.. wow bestnya.. penyatuan dua hati kerana PenciptaNya.. adakah ini dinamakan jodoh..
Walau berbelit ramai yang boleh menyebut dan mewarwarkannya...Realitinya indah khabar dari rupa kerana lumrah manusia menggarapkan fitrah berkasih sesama insan yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau ini mencetuskan perasaab atau istilah ‘dia milik aku’ sahaja.. Sebab itu pasangan suami isteri sekarang panggil pasangannya sayang darling dan sebagainya.. tengoklah selepas setahun dua tahun dan paling lama 5 tahun andai pasangan ini tidak muhasabah status sebenar perkahwinan dalam islam.. banyak 'kekecohan' berlaku...
Siapa kita untuk memiliki? Rezeki dari Allah swt Nafas kehidupan milik Allah swt Walau mulut berkata telinga mendengar mata melihat bahawa Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Hakikatnya berapa ramai antara kita benar2 sedar dan insaf. Ibu Bapa Anak Pasangan Sahabat Bos Rakan Sekerja..milik kita kah? Nope,,Bukan milik kita. Sebba itu bila ada dikalangan yang dinyatakan itu atau ahli keluarga terdekat yang kembali ke rahmatullah ramai yang hilang pertimbangan.. sebab 'milik kita' telah tiada..
Sebab itu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.” (Surah al-Hujuraat ayat 10) iaitu sesama kita hanyalah ada tali persaudaraan yang pemiliknya adalah Allah Yang Maha Esa..
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
'Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
'(Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)
Itulah hakikatnya segala konflik atau dugaan kenikmatan yang hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada’ dan qadar (ketentuan) daripada Allah swt. Kita sesuai sebagai sekadar hambaNya, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah swt..
Oleh itu sayang menyayangi dan berbelas kasihan sesama hambaNya atas dasar persaudaraan dan bukannya Uhibbuki fillah.. kerana CINTA ITU 1 dan Cinta itu hanyak layak disandarkan kepada Allah swt..
penghargaan: .iluvislam.com

Subscribe to:
Posts (Atom)