Tuesday, December 3, 2013

Insafi Diri...



Baru balik dari menziarahi rakan sepejabat.. Semangatnya meneruskan kehidupan walau diselubungi kesakitan 'maximum paddle' katanya... Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh.. Sembuhkanlah penyakit yang dihadapinya.. Lenyapkanlah kesakitannya hapuskanlah kedukaannya Ampunkanlah segala dosa2nya.. Aamiin..

Dah masuk waktu Asar.. jom solat...

iOne day...Endurance b Patience Prevail



Monday, December 2, 2013

Sketsa Kampus

Assalam Alaik

Bismillah..


Teringat dolu2 masa dok belajar di sekolah yang berpenginapan.. ie sekolah berasrama da...Banyak kenangan walaupun kita sangat dikenali dengan budak 'baik'.. antara banyak2 kenangan tu ada satu kejadian yang tidak dapat dilupakan...

Panas betul hari tu.. baru je menikmati juadah tengahari di Dewan Makan setengah jam lalu.. sodappp gulai ikan masin kawah masakan Mak Minah Merah Delima... 2 perkataan terakhir tu kami tambah sebagai gelaran kepada beliau yang suka memakai lipstik berwarna merah delima.. sesuai pulak dengan kulitnya yang keputih2an itu... Sementara menunggu giliran menggunakan bilik air saya berehat 'menurunkan' makanan sambil membelek2 novel yang baru dibeli ... kedengaran dari katil Odah suara sayup2.. diamati.. cesss... Odah berdengkur ghupanya... apala Odah ni siang2 tdor berdengkur mencemar duli dara sunti je ko ni....
Hampir tersungkur jatuh katil ku dibuatnya tetiba bunyi wisel yang amatkuat menyakitkan telinga... nak kata amaran kebakaran tak de bau hangit.. bukan ku aje.. 5 orang rakan sebilik ku turut menukup telinag kecuali 2 orang... si Ain terbongkok2 macam gelak pun ye macam kesakitan pun yea... bila nampak mukanya baru confirm sahih dia ketawa ghupanya.. kurang asam... Si Odah yang lena pun turut terbangun punya terkejutnya dia sampai terhantuk kepalanya ke papan katil atas (double decker katil oghang berasrama ni.. dolu semua tak de duit.. sekarang asrama sebilik sorang katil pun super single).. nasib tak berdarah setakat benjol tertonjol 5cm diameternya...mata si odah sangat terbeliak.. ghupanya dimulutnya ada wisel dan dialah yang meniup wisel yang kuat semasa berdengkur tadi...
Mataku segera beralih ke Ain.. cess kurang asam kawan.. Ko pekenakan si Odah yea.... Waden plak tetiba menjengahkan muka dipintu bilik sambil ***** panjang di tangan kanannya... apa lagi semua kami dapatla hadiah seorang satu.. fuh terbaek.. seminggu menggigil tangan ni nak menulis... dan selama itulah juga bilik itu sesepi seperti tidak berpenghuni.. hilang sakit kena rotan gamat balik... si Ain pemilik katil atas si Odah sangat tension dengan tabiat si Odah secara diam2 telah mengambil wisel dari stor sukan pada paginya.. apalagi saat ditunggu telah tiba.. elok je si Odah memulakan irama tanpa lagunya.. dan ruang mulut dibuka sesemuat wisel tersebut.. lalu disumbat wisel selembut sutera ke dalam mulut si Odah.. Naya kawan ko Ain.. nasib si Odah tak tertelan wisel tu.. alamatnya bukan sekali rotan.. silap haribulan kita semua kena buang sekolah... nasib baik jodoh kita panjang di sekolah tersebut.. Apapun sejak  peristiwa itu Odah dah tak berdengkur kesiangan lagi sebabnya.. dia berusaha sehabis kudrat menjegilkan matanya agar berjaga.. Hahaha...

Hari Yang Basah.. Bersambung...

Maka bergemerlapanlah 7 dulang hantaran dari pihak lelaki yang dipegang secara gigihnya oleh wanita bertitle mokcik yang sedondon warnanya iaitu oren namun yang x bo tahan lip lapnya menyinari mataku yang rabun mengalahkan kilauan dulang hantaran.. yang menjadi masaalah adalah kebajikan dan keselamatan duit mas kawin dan duit hantaran.. almaklumlah dolu2 mana ada kertas cek bagai,, silap haribulan mokcik tu sapu buat lap lipstick..lagi satu dolu2 kalau lagi tebal fulus di bawa atau lagi berat macam 10 kg kampit beras tu dulang wang hantaran sah2 senyum melebar ke telinga mak bapak pengantin pompuan.. nek tok saya ler tuh..



andsome sungguh pok su waktu tuh ngan baju melayu seragam ala2 brand sekolah menengah atasan berwarna putih nagn songkok tarbus yang tinggi itu.. berjalan lagak cool macho man menuju ke tangga umah.. Tetiba...' o mak ekau ku balun basah eh  abis baju ko nak..alaaa.. pengantin basah..issshhh sapo yang cucuk den tadi nih... nanti ko adoi.. ponek den...eh bukan.. ' semua yang ada terdiam tak berani bersuara dan ramai menerkup mulut masing2 menahan tawa kecuali pemegang dulang yang menggigil2 menahan gelak di samping beban barangan dulang tersebut..Rupanya Nek Biah yang memang mudah melatah sedang memegang besen air basuhan beras untuk disiram ke pokok orkid tok nek  telah disergah oleh kanak2 nakal yang ada di situ.. apa lagi dek melatah air dalam besen tercurah kebetulan pula diarahkan ke pengantin lelaki ie pok su ku... adussss.. pucat lesi pok su ku.. ntah menahan amarah atau kesejukan atau kepanikan.. mano nak dapat ganti baju spare tak do.. duit habih dah untuk kenduri kawin..la ni senangla banyak baju melayu.. dolu2 tempah sebulan yeop baru siap..

Cepat2 tok nek ku ke dalam bilik dan keluar semula dengan sepasang baju melayu baru tu tak le baru sangat tapi tak le usang .. pok su ku pun minta diri masuk ke bilik untuk menukarkn bajunya yang telah basah.. 5 minit tak keluar juga.. 10 minit tak keluar juga 30 minit.. tuk nek dah x bo tahan.. punggung tok kadi pun dah ber'abu'...bukan berasap lagi dah.. ghupa2nya pk su ku malu.. bak penye.. baju to nek jauh lebih kecil berbanding pok su ku yang tinggi dan berbidang lebar dadanya... ala2 macam Hulk menjadi incredible cuma kulit je tak hijau..Tuk Nek segera mendapat idea.. tuk Nek memang seorang panjang akal.. loyar buruk pun ye gak.. dia teringat citer P Ramlee.. lalu diambilnya blazer Pak Ngah yang tertinggal 2 minggu sebelumnya dan disuruhnya pakai bersama kain pelikat... itulah dianya.. majlis akad nikah 1001 hikayat.. dok pe.. apa2 pun kami  bersyukur.. walau satu demi satu dugaan dan ujian melanda pok su... akad disahkan dengan sekali lafaz sahaja... terbaikkk.. so kome jangan tanya mana nyer gambor nikah meka... mau dapat cap 5 jari di pipi mulusmu...  Ada yang teringin?

Hari Yang Basah...

Dah macam musim hujan yea.. hari ini dalam sejarah.. dah lama tak berhujan dari seawal pagi sehingga ke petang.. mentari merajuk agaknya... Sapa volunteer nak pujuk?..

Suatu pagi Sabtu, sedang sibuk di halaman dapur umah nenek membantu mokcik tok nyang segala suku sakat atas urusan rasmi majlis perkahwinan mok Su.. di serambi satu part pula riuh rendah si Adam khususnya Tok Kadi dan konco2 suraunya telah bersedia..Honk..Honk.. hah dah sampai pun bakal Pok Su ku itu.. .. Wah datangnya diarak dalam keto Merz.. kelas.. terbeliak la mato oghang kampung... alamak.. dah dekat kol 4.45.. nak balik doulu.. sekarang tengah dipenjara dek kelewatan di highway pagi tadi.. adios.. malam ni kita sambung k

Aku Terima Nikahnya...Lagi

Assalam alaik..
Bismillah..

Maa yea tujuan mencoretkan catatan sewaktu majlis akad nikah ni bukan untuk mengaibkan sesiapa.. sebab itu tidak diletakkan nama sebenar.. cuma sekadar melakarkan adengan2 semasa terutama musim cuti sekolah ni memang banyak majlis2 penyatuan 2 hati ni kan..Mungkin juga anda mengimbau kembali saat kalian bernikah atau mungkin juga memberi kekuatan agar 'bersedia' di majlis pernikahan kalian..

Dalam suatu majlis di sebuah Masjid.. pengantin perempuan yang jelita dan manis resah menunggu bakal suaminya tidak kesampaian.. bukan semiit dua tetapi hampir 2 jam.. ye la. kalau penetapan nikah usai solat asar hari Jemat diikuti pula bakal pengantin lelaki itu bertolak dari rumah yang berkilo2 meter jauhnya dan letaknya Masjid itu di tengah2 kepesatan bandar...memanglah dikatakan cari pasal melewatkan majlis..

Alhamdulillah dah sampai pun ke tempat Majlis yang ditetapkan..  Melangkah ke bilik seperti dijadual kelibat orang2 yang kurang familiar.. dah diri tu x ambik pot sapa sedara mara melainkan teman wanita emak dan adik manjanya.. si lelaki ini duduk mengadap Tok Kadi.. warga rombongan ni ikut jela.. dah masing2 nervous lewat sampai.. Tetiba satu suara memecah kesepian..'Ko dah salah tempat ni.. ko bukan bakal suami anak aku..'.. Hah.. apa ni terkezut.. paling pucat pengantin lelaki.. apo plak bakal pak mertuaku ni kata salah orang plak.. tetiba terperasan pengantin pompuan yang sedang menjegilkan mata.. Adoiss memang dia bukan pompuan yang bertakhta di hati.. apa nak buat..  .. Tersimpul segala urat belulat bangun mohon kemaafan dan rombongan lelaki tersebut meminta diri.. di pintu bertemu plak rombongan sebenar pengantin lelaki.. nasib baik belah pompuan telah bersedia menyelamatkan keadaan... 

Dapat panggilan dari pengantin pompuan.. 'Abang kat mana? kata dah sampai..'.. 'Dah sampai dan sikit je lagi dah menikah ngan orang lain..ayang kat mana? orang lain kat bilik tu...'.. 'Lupa plak kami dah tukar bilik sebab abang lewat.. sebelah kiri bilik tu je..' mak aiii ingatkan berblok2 jauhnya ghupanya sebelah bilik je.. hehehe.. tu la sebelum kawin pun perlu diamati muka2 ahli keluarga kaum kerabat  sebelah wanita k...

Basah dah baju pengantin si lelaki .. pecah peluh kejantanannya..melepasi pintu yang sepatutnya tersenyum maut menatap bakal pengantin yang akan menjadi isterinya sebentar nanti... lalu mengambil tempat di depan Tok Kadi.. lega...'Awak dah solat Asar?' Tanya Tok Kadi.. apalah mamat ni.. aku nak nikah dah lewat ni pun nak tanya2 lagi.. 'Dah' jawapan yang ringkas tapi jelas... 'Belum lagi Ustaz' kata si bapa pengantin lelaki..' Kami dari rumah bertolak sebelum Asar tadi..'  Aduss.. haaah.. tersengih pengantin lelaki... bukan niatnya menpu dah nebes2 macam ni tersasul sana sini.. segalanya 'ye' je.. pendek citer... majlis akad nikah diadakan usai solat Maghrib.. Hah ambikkk.. minum petang dah jadi makan malam.. sekian...nanti sambung lagi 

Sunday, December 1, 2013

Hadiah Berzaman Rasulullah saw buat Aisyah ra

Assalam alaik..

Bismillah..

Dikatakan antara ilmu yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah saw kepada isterinya Aisyah ra adalah doa penting untuk kebaikab hidup di dunia dan di akhirat,,, Berikut makna doanya..(tak jumpa pula dalam bahasa Arab)..

Ya Allah,
Aku memohon kepadaMu seluruh kebaikan,
yang disegerakan (di dunia) mahu pun yang diakhirkan (di akhirat)
yang daku ketahui mahu pun yang tidak ku ketahui

Dan daku berlindung kepadaMu dari seluruh keburukan
yang disegerakan (di dunia) mahu pun yang diakhirkan (di akhirat)
yang daku ketahui mahu pun yang tidak ku ketahui

Ya Allah,
Aku memohon kepadaMu seluruh kebaikan 
yang pernah dipohonkan oleh hambaMu dan NabiMu Muhammad saw kepadaMu

Dan daku berlindung kepadaMu dari seluruh keburukan
yang hambaMu dan NabiMu Muhammad saw berlindung kepadaMu darinya

Ya Allah,
Aku memohon kepadaMu syurga dan segala hal 
yang mendekatkan kepadaNya baik berupa ucapan atau perbuatan 

Ya Allah,
Aku berlindung kepadaMu dari neraka dan segala hal 
yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan 

Dan aku memohon kepadaMu
agar menjadikan setiap ketetapan (takdir)
yang Engkau tetapkan untukku sebagai (takdir)kebaikan... 

Aaamiin                    



(Hadis Riwayat Ahmad, ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan sebagainya..