Monday, May 26, 2014
Fitrah kehidupan..
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap jiwa pasti akan merasakan mati sama ada singkat secukup atau panjang usianya di dunia. Sepanjang tempoh kewujudan di dunia ini pasti akan melalui cubaanNya yang menguji ketaatan, keikhlasan etc menerusi pelbagai perintahNya, laranganNya, kebaikan, keburukan, kesenangan, kesusahan, kesakitan, kesihatan dsbgnya.. Ia merupakan sunnatullah kehidupan yang telah ditetapkan.
Memetik dari tafsir ibnu Jarir, sahabat ibnu 'Abbas menafsirkan ayat tersebut di atas,
"Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan.. "
Apa pun hanya kepada Allah swt tempat kembali segala jiwa, untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan yang dilakukan zahir dan batin dan menerima balasan setimpalnya. Kita harus tabah dan sabar menghadapinya dan yakin ianya merupakan hal fitrah kerana disebalik setiap ketentuanNya ini terungkap 1001 rahsia dan hikmah dariNya yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.
Yang pasti setiap ujianNya, Allah swt telah menyediakan jalan penyelesaian atau jawapan bagi setiap masalah dan ujian berkenaan menerusi AlQuran dan As Sunnah.. terpulang kepada kita untuk mendapatkannya... Allahuakbar...
Wassalam...
Hanya mampu berdoa untukmu
Wednesday, May 21, 2014
Monday, May 19, 2014
Are We?
Andai terpateri kita bersama selamanya, segala onak duri dan liku kehidupan pasti berjaya ditangani jua dengan izinNya..
Wednesday, May 14, 2014
Tuesday, May 13, 2014
Masa! Berhentilah Seketika.. Lelahnya
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Formal je yea..
Dah lama tidak mencoret.. nak jadikan alasan memang tersedia 1001 sebab musababnya..
Masa berlalu sangat pantas kan?.. Dalam melaksanakan tanggungjawab di rumah dan pejabat serta masa untuk diri membaca buku ilmiah dunia akhirat.. seakan 24 jam yang diperuntukkan sejak kecil semakin tidak mencukupi..
(Doa ini dipetik dengan sedikit pindaan daripada buku bertajuk Rahsia Dikasihi Allah oleh SAQAJ)
Thursday, May 8, 2014
Gundah Hati Mata Berjaga
Assalam,,
Lama tidak ku coret .. atas kekurangan masa yang bersesuaian untuk mengadap blog ini..
Kenapa malam ni?..Nak meluahkan rasanya apa2 jua yang ingin diluahkan hanayalah kepada Dia. walau sebenarnya sangat banyak kejadian suka dan duka tawa dan tangis susah dan senang telah dihadapi.
Maka apa yang terbaik untuk dikongsi bersama bagi manfaat bukan sahaja di dunia dan akhirat adalah..
wirid bagi melegakan kegundahan dan kesedihan..
Lama tidak ku coret .. atas kekurangan masa yang bersesuaian untuk mengadap blog ini..
Kenapa malam ni?..Nak meluahkan rasanya apa2 jua yang ingin diluahkan hanayalah kepada Dia. walau sebenarnya sangat banyak kejadian suka dan duka tawa dan tangis susah dan senang telah dihadapi.
Maka apa yang terbaik untuk dikongsi bersama bagi manfaat bukan sahaja di dunia dan akhirat adalah..
wirid bagi melegakan kegundahan dan kesedihan..
Ya Allah, sesungguhnya diriku adalah hambaMu dan anak abdi (hamba lelaki)Mu dan anak amah (hamba perempuan)Mu, berada dalam genggamanMu, ubunku di TanganMu, padaku berlaku ketetapan hukumMu, adil padakuketetapanMu, daku memohon kepadaMu dengan semua Nama milikMu,sama ada nama yang Engkau namakan untuk diriMu, atas Nama yang Engkau turunkan dalam KitabMu atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaibMu. Kiranya Engkau jadikanlah AlQuran sebagai penghibur hatiku dan sebagai cahaya pandanganku, penawar kesedihanku dan pengilang kegundahanku.'
Aamiin
Friday, May 2, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)